MERIAM
Sungguh aku rindu dengan bunyi itu walaupun
aku tahu ia hanya bermusim, masih terngiang-ngiang di telinga dengan bunyi itu.
Begini lah nasib hidup sebagai perantauan yang jauh dengan keluarga. Aku
menangis dengan bunyi itu sebab terlalu rindu, masih teringat masa kanak-kanak
dahulu sanggup berjalan jauh untuk dengar bunyi itu. Zaman kanak-kanak tidak
peduli dengan nyawa asalkan dapat menghiburkan hati yang masih suci bak kain
kafan. Abu, sulaiman, asyraf, dan saiful adalah rakan-rakan yang satu kepala
dengan aku dan sanggup buat apa untuk dapat dengar bunyi itu. Bunyi itu mampu
kejutkan 500 orang yang masih nyenyak tidur dan diulik mimpi yang hanya mainan
tidur. Maki hamun oleh penduduk kampung sudah kalis di telinga aku yang kebal
ini. Aku tersenyum sinis bila terkenang kenangan pada waktu kecil dahulu,
pernah kena kejar dengan orang kampung akibat bunyi itu tapi pada waktu itu
jiwa kental dan tidak peduli dengan kedamaian asalkan dapat hiburkan hati ini
dengan kawan-kawan. Aku pernah dikurung dengan bapak aku akibat bunyi itu
tetapi aku tidak peduli sebab bunyi itu seperti dadah di telinga aku. Aku tidak
peduli walaupun disepak ataupun diterajang oleh bapak aku tapi ia tetap buat
aku masih degil dan tetap mencari bunyi itu walaupun aku tahu ia boleh
menimbulkan rasa marah oleh pelbagai pihak. Ciss, buat apa aku pedulikan orang yang
tak boleh hiburkan hati aku sedangkan aku sudah ada bunyi itu untuk hiburkan
hati aku. Aku tergelak seorang diri di balkoni pada hujung minggu dengan
sebatang rokok sebagai peneman untuk rindu yang tercalar ini dan menangis dalam
jiwa terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu. Ada satu peristiwa yang aku masih
ingat sampai sekarang pada waktu aku hingusan dulu, aku pernah mencuri duit
ayah aku untuk mendapatkan bunyi itu, Ahhh aku tak peduli untuk dapatkan bunyi
itu,peduli apa aku dengan dosa atau pahala sebab pada waktu itu aku hanya budak
kecil yang masih disuap nasi oleh ibu sendiri. Hahaha, pada waktu itu aku
ketagih dengan bunyi itu sehingga aku sanggup curi duit bapak aku dengan banyak
dan bermain dengan bunyi itu, tetapi aku tahu “Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah juga” aku tertangkap semasa membuka dompet bapak aku
dalalm bilik, aku ingatkan dia mandi di bilik air belakang tapi aku tidak sedar
yang paip air ditutup dengan perlahan sehingga aku tidak menyedari bapak aku
sudah berada dalam bilik dan menyaksikan ketagihan aku sehingga mencuri duit
ayah kerana hanya untuk bunyi itu. Aku diterajang dan dikurung didalam rumah
seminggu. Itu lah kenangan yang budak zaman sekarang tidak dapat nikmati, apa
yang mereka tahu hanyalah gajet. Nanti raya aku nak dengar bunyi itu lagi dan
bagi anak aku cuba bermain dengan bunyi itu supaya dia tahu yang zaman-zaman
kanak itu indah dengan bunyi itu. ‘MERCUN BOLA’ adalah bunyi yang paling aku
gemar pada waktu aku kecil dahulu.


















