Tuesday, 15 March 2016

MERIAM (MONOLOG)

MERIAM


  Sungguh aku rindu dengan bunyi itu walaupun aku tahu ia hanya bermusim, masih terngiang-ngiang di telinga dengan bunyi itu. Begini lah nasib hidup sebagai perantauan yang jauh dengan keluarga. Aku menangis dengan bunyi itu sebab terlalu rindu, masih teringat masa kanak-kanak dahulu sanggup berjalan jauh untuk dengar bunyi itu. Zaman kanak-kanak tidak peduli dengan nyawa asalkan dapat menghiburkan hati yang masih suci bak kain kafan. Abu, sulaiman, asyraf, dan saiful adalah rakan-rakan yang satu kepala dengan aku dan sanggup buat apa untuk dapat dengar bunyi itu. Bunyi itu mampu kejutkan 500 orang yang masih nyenyak tidur dan diulik mimpi yang hanya mainan tidur. Maki hamun oleh penduduk kampung sudah kalis di telinga aku yang kebal ini. Aku tersenyum sinis bila terkenang kenangan pada waktu kecil dahulu, pernah kena kejar dengan orang kampung akibat bunyi itu tapi pada waktu itu jiwa kental dan tidak peduli dengan kedamaian asalkan dapat hiburkan hati ini dengan kawan-kawan. Aku pernah dikurung dengan bapak aku akibat bunyi itu tetapi aku tidak peduli sebab bunyi itu seperti dadah di telinga aku. Aku tidak peduli walaupun disepak ataupun diterajang oleh bapak aku tapi ia tetap buat aku masih degil dan tetap mencari bunyi itu walaupun aku tahu ia boleh menimbulkan rasa marah oleh pelbagai pihak. Ciss, buat apa aku pedulikan orang yang tak boleh hiburkan hati aku sedangkan aku sudah ada bunyi itu untuk hiburkan hati aku. Aku tergelak seorang diri di balkoni pada hujung minggu dengan sebatang rokok sebagai peneman untuk rindu yang tercalar ini dan menangis dalam jiwa terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu. Ada satu peristiwa yang aku masih ingat sampai sekarang pada waktu aku hingusan dulu, aku pernah mencuri duit ayah aku untuk mendapatkan bunyi itu, Ahhh aku tak peduli untuk dapatkan bunyi itu,peduli apa aku dengan dosa atau pahala sebab pada waktu itu aku hanya budak kecil yang masih disuap nasi oleh ibu sendiri. Hahaha, pada waktu itu aku ketagih dengan bunyi itu sehingga aku sanggup curi duit bapak aku dengan banyak dan bermain dengan bunyi itu, tetapi aku tahu “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga” aku tertangkap semasa membuka dompet bapak aku dalalm bilik, aku ingatkan dia mandi di bilik air belakang tapi aku tidak sedar yang paip air ditutup dengan perlahan sehingga aku tidak menyedari bapak aku sudah berada dalam bilik dan menyaksikan ketagihan aku sehingga mencuri duit ayah kerana hanya untuk bunyi itu. Aku diterajang dan dikurung didalam rumah seminggu. Itu lah kenangan yang budak zaman sekarang tidak dapat nikmati, apa yang mereka tahu hanyalah gajet. Nanti raya aku nak dengar bunyi itu lagi dan bagi anak aku cuba bermain dengan bunyi itu supaya dia tahu yang zaman-zaman kanak itu indah dengan bunyi itu. ‘MERCUN BOLA’ adalah bunyi yang paling aku gemar pada waktu aku kecil dahulu.

No comments:

Post a Comment