Tuesday, 15 March 2016

SEJARAH MTV (MUSIC TELEVISION)

   MTV (Music Television) adalah berasal dari sebuah stesen penyiaran klip video muzik Amerika di bawah produksi yang bernama Viacom Music and Entertainment Group dan anak buah syarikat   Viacom Media Network. Syarikat ini berpusat New York City dan dilancar pada 1 Ogos 1981. Pada permulaanya, MTV bertujuan untuk menyiarkan rancangan klip video muzik dan program hiburan kepada penonton dewasa. Pada masa ini, motif utama MTV adalah untuk menyiarkan video muzik,program reality dan program hiburan kepada remaja pada masa kini yang cenderung ke arah muzik.

     Sejarah MTV bermula pada tahun 1960 sehingga 1977, pada ketika itu kumpulan terkenal yang bernama The Beatles mempromosikan muzik video mereka pada pertengahan 1960s. Sejarah perlancaran MTV bermula pada tahun 1977-1981,semasa Warner Cable (kumpulan syarikat atau anak syarikat Warner Communication daripada Warner Bros) dan Warner-Amex Sattelite Entertaintment melancarkan sistem televisyen, QUBE menawarkan siaran istimewa kepada pengguna iaitu siaran muzik, membuat undian untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Program asal MTV dicipta oleh eksekutif media MTV, Robert W. Pittman selepas itu menjadi CEO kepada MTV Networks.

    Pada hari sabtu, 1 Ogos 1981 pada pukul 12.01 am, Eastern Time melancarkan MTV yang slogan berbunyi “Ladies and Gentleman,rock and roll,” disiarkan pada MTV dengan bertemakan angkasawan ke bulan menaiki Apollo 11. Dalam MTV tersebut seorang angkawasawan memacak bendera yang berlogo MTV.

   Tujuan sebenar pertubuhan MTV adalah untuk menjadikan MTV sebagai “Televisyen Muzik” dan memainkan muzik video 24 jam sehari, 7hari seminggu tetapi disebabkan muzik video tidak lagi dimainkan 24 jam kerana ada iklan seperti MTV Hits dan MTV Jams untuk mempromosikan muzik video yang baru.

No comments:

Post a Comment