Tuesday, 15 March 2016

BAGAIMANA MTV BERKEMBANG DI MALAYSIA (ASIA)

    MTV adalah satu jenama yang bertujuan untuk sasarkan kepada golongan orang muda yang menggemarkan muzik dan menjadikan muzik sebagai panduan dan inspirasi dalam hidup. MTV berkembang di asia dan mula dilancarkan pada 1 January 1992 dan telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan STAR TV DAN VIACOM tetapi kontrak STAR TV dengan MTV tamat pada 1 May 1994. MTV Asia Tenggara dilancarkan pada 3 Mei pada tahun 1995.

   Tidak lama selepas itu, MTV World Stage mula diperkenalkan dan merupakan sebuah siri global di seluruh negara yang membawa pelbagai genre dan mempunyai seramai 550 juta penonton di seluruh negara. Ia disiarkan dengan secara langsung. MTV World Stage ini juga diadakan di seluruh negara. MTV Asia buat pertama kalinya mengadakan konsert “outdoor MTV World Stage Live di Malaysia” iaitu bertempat di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2009. MTV World Stage Live di Malaysia ini juga sudah berlangsung selama 6 tahun berturut-turut di Malaysia.

    Pelbagai artis dari luar negara dijemput sepanjang konsert  berlangsung, artis dari luar negara yang dijemput seperti The All American Rejects, Justin Bieber dan ramai lagi. Artis tempatan juga dijemput sepanjang konsert ini berlangsung seperti Bunkface, Pop Shuvit, Mizz Nina, Joe Flizzow dan ramai lagi. Dengan adanya konsert seperti ini, artis tempatan dapat kenal antara satu sama lain dengan artis dari luar negara dan dapat memajukan MTV tempatan.

No comments:

Post a Comment